- Berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga hijrah bersamaan 23 Januari 625m.
- Berlaku di Bukit Uhud berhampiran Kota Madinah.
- Merupakan peperangan kedua yang diketuai Rasulullah S.A.W selepas Perang Badar Al-Kubra.
- Pasukan tentera Kafir Quraisy Mekah diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.
STRATEGI NABI MUHAMMAD
Nabi Muhammad s.a.w.
telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan
iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan
pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua
tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing
kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.
PEPERANGAN
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang
dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula
bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy.
Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat
tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut
mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa
larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid
ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan
melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut,
tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan
dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting
itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda.
Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher
Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang
dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya. Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w.
dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir ,
kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam
perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur
ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy
gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut
mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak
mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.
TENTERA YANG TERBUNUH
- Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.
- Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama [Wahsyi]. [Wahsyi] telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
- Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.
PENGHAYATAN
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang
hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan
yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini
memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya
kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.
No comments:
Post a Comment