get this widget here

Perang Bani Mustalaq


PENGENALAN
- Berlaku pada hari Isnin bulan Sya'aban Tahun ke-5 hijrah.
- Peperangan ini dikenali juga dengan nama al-Muraisyi', nama tempat yang terdapat sebuah mata air.
- Ia merupakan tempat tentera Islam berhenti untuk berehat dan menyusun strategi.
- Peperangan ini juga telah mendedahkan sikap sebenar orang munafiq yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay dan memberikan gambaran sebenar mengenai kebaikan, kemuliaan dan kesucian jiwa masyarakat Islam Madinah.

SEBAB PEPERANGAN
- Peperangan ini berlaku apabila Rasulullah S.A.W mendapat berita bahawa ketua Bani Mustalaq yang bernama Al-Harith bin Abi Dharar bersama kaumnya dan orang Arab lain sedang merancang untuk menyerang orang Islam Madinah.
- Rancangan ini dibuat kerana timbul perasaan marah dan dengki terhadap kehebatan pengaruh Rasulullah S.A.W di Madinah.

 PERISTIWA PEPERANGAN

Peperangan Bani Mustalaq berlaku pada Isnin, 2 Syaaban, 5 Hijrah. Pada waktu itu, Nabi Muhammad S.A.W bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustalaq.
Dalam riwayat Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud. Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.
Setiap kali Rasulullah ingin berjalan jauh, baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isteri baginda dan akan membawa bersamanya sesiapa yang undinya dicabut.
Aisyah
Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.
Dalam peperangan kali ini, Aisyah dan Ummu Salamah telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. [1] Yang menjadi masalah kini ialah penglibatan kaum Munafik dalam peperangan tersebut yang menyertai peperangan dalam keadaan berat hati serta sering menjadi batu api dalam tentera Muslimin.

1 comment: