PENGENALAN
Peperangan
Badar Al-Kubra berlaku di antara orang Islam Madinah dengan Kafir
Quraisy Mekah. Berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan 13
Januari 624 masihi di suatu lembah di antara Mekah dan Madinah.
Merupakan peperangan pertama yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Juga
dikenali dengan nama Peperangan Safwan dan Bainal Haq wal Batil.
SEBAB BERLAKU
Setelah
2 tahun Rasulullah berada di Madinah, pengaruh islam semakin kuat dan
mendapat sokongan masyarakat Madinah. Rasulullah dan umat islam sentiasa
dalam keadaan kebimbangan kerana
tindakan kafir Quraisy Mekah bercita-cita untuk menghancurkan islam.
Baginda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat
intipan dan siasatan terutama dilaluan pedagang kafir Quraisy yang
melalui Madinah.
Pedagang
Quraisy melalui Madinah dalam perjalanan pulang dari Syam membawa harta
yang banyak. Rasulullah bercadang untuk membuat
sekatan dengan tujuan untuk merampas barang dagangan mereka. Rancangan
orang islam untuk menyekat dagangan mereka akhirnya telah
menjadi sebab berlaku peperangan Badar ini. Apabila orang kafir
mengetahui rancangan tersebut, mereka merasa bimbang dan telah
menghantar wakil ke Mekah memohon bantuan bagi menghalang tentera islam.
Para pembesar dan orang kenamaan kafir bersiap keluar mencabar dan
melancarkan serangan terhadap tentera islam.
PERTEMPURAN 1 LAWAN 1
Ubaydah bin al-Harith LAWAN 'Utbah bin Rabiah
Hamzah bin Abdul Mutalib LAWAN Syaibah bin Rabiah
Ali bin Abi Talib LAWAN al-Walid bin 'Utbah
TOKOH ISLAM YANG MENYERTAI PERANG BADAR
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar bin al-Khatab
Saidina Ali bin Abi Talib
Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
az-Zubair bin al-Awwam
'Ubaydah bin al-Harith
BILANGAN TENTERA YANG TERKORBAN
Tentera Kafir Musyrikin : 70 orang termasuk Abu Jahal dan pembesar Kafir Quraisy yang lain
Tentera Islam: Mati Syahid 14 orang
Tentera Kafir Quraisy yang ditawan oleh tentera Islam: 70 orang
siapa ketua tentera quraisy'
ReplyDeleteABU SUFYAN
DeleteTolong masukan juga fakta musryikin Makkah mencuri, menjual dan merampas harta benda Umat Islam yang ditinggalkan di Makkah kerana itulah antara sebab kenapa Nabi menyekat mereka.
ReplyDeleteBolehkah saya print peta perang badar ini?
ReplyDelete