get this widget here

Wednesday, November 25, 2015

JOM DAPATKAN BUKU ISTIMEWA INI...


Kenali dan Cintai Rasulullah. Sebagai umat Islam, menjadi kekesalan yang besar apabila kita jahil akan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, kerana Baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. 

Allah SWT memilih Baginda sebagai kekasihNya. Maka sebaik-baiknya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih agung melebihi segala-galanya.
Moga ilmu yang diperoleh melalui buku ini menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang mahu mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak. 
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." Surah al-Ahzab ayat 56.
Assalamualaikum semua...

Entri kali ini adalah mengenai soalan kuiz Sirah. Bagi yang dah baca info-info tu, boleh lah cuba menjawab soalan kuiz yang disediakan.

Cuma klik sahaja di halaman Soalan Kuiz ya... Selamat Mencuba!!!


Tuesday, November 3, 2015

RINDU PADAMU YA RASULULLAH SAW

Assalamualaikum...

Sayu rasa di tengah hening malam ini. Saat terkenangkan Kekasih Allah SWT, Muhammad Rasulullah SAW.. Insan mulia dan penghulu para Rasul. Saat membaca sirah, sejarah terindah, air mata mula menitis tanpa henti. Mulianya hatimu ya Rasulullah SAW...

Mari bersama kita hayati, ingatan Kekasih Allah ini terhadap umatnya...